KOMITED UNTUK MEMBANTU ANDA
Membantu menyelesaikan segala urusan yang berkaitan dengan hakmilik tanah
Melakukan pengukuran topografi dan kejuruteraan bagi apa-apa tujuan pembangunan
Membantu sebarang individu untuk mengumpul maklumat bagi sebarang tanah yang ingin dibeli. (Lokasi tanah, carian rasmi dan individu...)
“KOS PECAH SEMPADAN DAN PECAH BAHAGIAN”
Kalau bercakap pasal kos ni semua orang mesti akan bagi perhatian lebih kan? Mana tak nye, itulah soalan pertama yang akan kami dapat apabila ingin menguruskan urusan pecah sempadan dan pecah bahagian tanah. Kami tidak salahkan anda semua yang kadang-kadang mempersoalkan kos tersebut kepada kami malah kami bersifat terbuka untuk menerangkan kepada anda semua akan hal ini. Jangan pernah jadikan kos ini sebagai penghalang untuk anda membuat pecah sempadan dan pecah bahagian.
Sesekali anda ada terdengar untuk pecahkan bahagian atau sempadan ini, ia memakan kos puluh-puluh ribu kan?? Wah! Terus anda terdiam tanpa meminta kami menyediakan sebut harga terlebih dahulu. Terus lari lintang pukang. Akan tetapi, masalah tanah ini adalah satu masalah yang tidak akan selesai tanpa anda menghadap masalah tersebut dan cuba menyelesaikannya.
Pada hari ini, harga pasaran tanah semuanya sudah meningkat tinggi. Melihat anak muda masa kini, iaitu anak-anak kita sangat susah untuk memiliki tanah kerana tanah untuk satu lot banglo boleh mencecah harga sehingga 50-70 ribu ringgit. Namun begitu, dengan membuat pecah sempadan tanah, kos yang perlu dibayar untuk satu lot banglo kebanyakannya kurang daripada 10 ribu. Kadang-kadang, kosnya hanya dalam 7-8 ribu sahaja untuk satu lot banglo. Adakah anda masih rasakan ianya mahal??
Seandainya anda terdengar kos keseluruhan pecah bahagian 1 ekar tanah adalah 40 ribu, siapa yang tidak akan termenung kan? Namun begitu, sekiranya semua pemilik Bersama tanah, berkongsi kos tersebut, untuk satu lot banglo anda hanya perlu mengeluarkan kos sebanyak 7-8 ribu sahaja. Sekiranya pemilik Bersama tanah ada 5-6 orang, setiap seorang hanya perlu mengeluarkan kos sebanyak 7-8 ribu sahaja untuk satu lot banglo. Sebenarnya nilai ini adalah sangat berbaloi berbanding nilai satu lot tanah tersebut yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Jika semua pemilik bersama mampu melihat lebih jauh sikit ke hadapan, saya percaya anda akan dapat melihat kelebihan yang lebih besar yang akan diperolehi sekiranya urusan pecah bahagian dan tukar syarat atau pecah sempadan itu dilakukan. Saya percaya anda pasti akan berikhtiar untuk mencari sedikit modal untuk melaksanakan urusan tersebut selepas ini.
Setiap kos yang kami sebutkan hanyalah anggaran berdasarkan luas tanah yang biasa kami uruskan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi kami di Faiz Survey Consultant.